Our bundle of joys

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 25, 2012

Pengalaman bersalin

Betullah kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan segalanya. Macam mana kita jaga diri kita supaya sihat pon at the end kalau Allah kata kun fayakun maka jadila ia. Ini takdir dan bahagian saya didunia.

12 september 2012

As a first mom-to-be, seriously you tak boleh expect macam mana rasa sakit nak bersalin. You can read as many experience as you can but its not going to be the same. Yups itu yang berlaku pada saya. No turun darah, air ketuban x pecah, sakit senggugut? Ye saya sakit tapi itu senggugut? Huh saya sendiri tak pasti.

Pada pukul 2 pagi saya terbangun sebab rasa sakit bahagian bawah perut yang biasa rasa tu just kali ni lebih kuat. Saya tak boleh tidur dah. Tengok husband kat sebelah tidur tak rasa nak kejutkan sebab fikir sakit biasa tapi bila husband bangun i let him know. Husband tanya nak pegi klnik ke? Saya fikir kalau pegi klnik pon nak cakap apa kat doktr. So just continue the day macam hari2 biasa. The pain still rasa through out the day. Petang tu ajak husband makan kat luar sebab terasa nak makan kek and tom yam.

Dalam pukul 8 keluar rumah then terus pegi gerai makan. Ingat lepas makan tom yam baru pegi kedai kek tapi time makan kat gerai tu sakit tu datang balik. Dalam hati risau so cakap kat husband kita pegi je la klnik. Just check anything bole prepare. Husband cakap kena admit kang baru tau(Masin mulut husband). Tak sempat makan kek terus pegi klnik sebab sakit tu macam makin kuat. So kitorang pegi klnik al-farabi, tpt plan nak bersalin. Sampai klnk wait a few hours dalam kul 11 camtu jumpe doc. Cerita kat doc my condition then doc check tekanan darah. Tinggi! Ok then doc suruh pegi hosptal sebelah untuk check bacaan ctg and seluk (untuk cek bukaan). Time cek ctg tu dalam hati fikir macam takde contraction pon. Tett rupa2 nya ada tapi nurse kata main2. Oo so rasa sakit tu contraction? Time tu dah nampak hb baby macam tinggi. Then doc datang untuk seluk. Huhu ramai orang kata sakit, sebab fikir sakit sgt so dah prepare mentally rasa sakit tapi rupanya takla sakit. Jadi reverse psychology. Bagus gak. Hehe. Doc kata dah bukak 3 cm. i'm like what?! 3 cm? Agak banyakla. tak expect langsung. Disebabkan tekanan tinggi and dilated 3 cm doc tahan. Time tu rasa macam mimpi. Heh nak bersalin dah ke?

Dah tunggu kat wad tukar baju msg kwn semua then refered doc masuk cakap awak bersalin kat htaa boleh? Huh terkedu jap. Tekanan tinggi and asthma diorang takde ubat yang sesuai aka xnk take risk. Time tu rasa sedih dah tapi fikir takpela bukan rezeki. Allah tau saya dah cuba cari doc perempuan. Itu lebih penting. tukar baju balik nak keluar bilik then nurse kata eh tunggu kami dah panggil ambulance. Heh? Ok ingatkan pegi sendiri. Time naik ambulance duduk je tak nak baring sebab fikir takdela rasa sakit sangat sampai nak baring. Husband follow naik kereta.

13 September 2012

Sampai htaa pusat bersalin berisiko rendah, nurse bagi duduk kat wheelchair then tolak masuk dalam bilik tgu giliran. Husband tak dibenarkan masuk. Ok serious touching sebab husband tak boleh teman. Then sampai giliran ada katil kosong baring cek ctg and hb baby lagi. Time ni bp maybe dah improve tapi hb baby tinggi. Saya dengar hb baby time tu laju tapi fikir eh diorg ni salah ambik heart beat ke sebab time tu saya memang nervous so degupan jntg of course laju. Masalah bersalin kat gov hosp ni adalah doc pelatih and Doc pakar. Time tu la doc pakar nak berleter kat doc pelatih like hello i'm in pain here, boleh tak kamu ceramah lain kali. Duh! Yang cek bukaan saya doc pelatih lelaki (redha) then doc pakar pecahkan air ketuban. Sakit kena masukkan tangan bawah tu time nk pecahkan xyah cakapla. Maybe doc x jumpe tpt nk pecahkan. i guess. Bila doc keluarkn tangan i can see blood. Huhu. Then rasa air panas mengalir. Time ni dah start rasa x selesa. Rasa lambat masa berlalu. Rasa takut sebab alone. Baca doa dan surah yang ingat je. Lain hilang dah.

After doc give a few moment to monitor my bp, baby hb then doc decide to do czer. Its broken my heart to hear that but who me untuk melawan takdir. At that time gak i realize ini takdir saya. Jalan hidup saya yang Allah dh tetapkan. Pasti ada hikmah. Its for the sake of the baby. I want both, baby and me selamat. So when doc cakap and nak explain to me why i perlu czer i immedtly said to the doc just do whatever u think the best for us. Then doc panggil husband to let him know. Husband came to me. First word i said to him sorry. Feel like crying. I'm glad he said its ok. Then the procedure begin. Nurse ask me to tanggal all the jewellrs, spec, baju (yups i'm naked from beginng to the end). Then she put somethng on my saluran kencing so that i can pee in there. Oh my its hurt i tell u! Rasa ngilu sakit all together. Saya juga diberikan gas tapi sekejap je coz nak tolak pegi dewan bedah. Then nurse push me into ambulance. Ok naik ambulance lagi ke wad kecemasan. Time nak masukkan saya dlm ambulance tu bole pulak katil troli tu xle masuk van. They keep push the troli. Dahla tengah skit time tu. Serius rasa nak nangis. Naik ambulance pon sakit coz jalan tak rata. Rasanya klu org tak sakit pon bole sakit kot!

Sampai wad kecemasan, they push me to operation room. Husband ikut sampai pintu je. Masuk pintu ke bilik kecil kena tukar katil and they ask several question. Bole tak? Time tengah sakit tu nak minta tanda tgn semua. Pakar bius explain everythng like why they bius half body only etc. After dah selesai they push me into operation room. Oh my time ni rasa surreal je. Macam betul ke or mimpi ni. Nampak lampu bilik bedah macam dalam muvi tu. Inside tu kena tukar katil lagi. Ok yang tak tahan tukar katil ni adalah kita sendiri kena angkat badan pegi ke katil sebelah. Dengan tangan cucuk air, pundi kencing kena cucuk. Seksa giler rasa. Rasanya adalah dalam 3 kali macam tu malam tu. Then pakar bius cucuk kat bahagian pinggang belakang. Takut sangat perasaan time ni. Takut rasa sakit tapi okla tak sakit sangat. Agaknya rasa ngilu kat pundi kencing tu lg seksa kot so sakit lain tak peduli dah. Then baring and badan mula rasa kebas sikit demi sedikit. Time tu risau kalau semasa diorg bedah bius tu hilang. Hoho. Then bermula operasi membedah perut saya. Diorg letak penghadang di depan muka and tutup mata saya dengan kain jarang. Maybe diorg tak nak saya nampak proses bedah tu melalui lampu bilik tapi tak nampak pon coz saya rabun! I can feel they touch my body, i can hear the sound of scissor. Semasa nak keluarkan baby rasa perut ditolak2. Ganas gak la cara nak keluarlan baby tu. And then after a few minute they try i hear the baby voice. Ya Allah time tu rasa syukur sangat. Nak mengalur air mata. I'm so happy. My baby selamat lahir.

They clean the baby sambil dic finish with me. After that they show me the baby and ask baby gender to confirm. Yang kelakarnya that time they concentrate on me so they put the baby at the end of the room. Kesian dia nangis sorang. Hihi. Then they let me rest for a while. They bring the baby to labour room. After half and hour i think, mereka hantar saya ke wad.

Ubat bius akan hilang after 6 hour. Within that time i've been advised to not to move to let jahitan perut tak terbuka. Well diorang tak jahit pon, lekat je. Gulp. Time tu hanya fikir nak tengok muka anak je. Husband suruh tidur but i cant. I'm too happy i gueas.

So thats my story. Alhamdulillah syukur untuk pengalaman itu. Here is 1st pic of my daughter.



No comments:

Post a Comment