Our bundle of joys

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, July 12, 2015

Pengalaman bersalin : vbac

Assalamualaikum

Sorry for long hiatus. Alhamdulillah pada 29 June 2015 bersamaan 12 ramadhan , I telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara vbac atau normal. 

Ada dua kebetulan berlaku pada 29 Jun tu. First, I ada checkup dengan my doc. Second, I plan nak minta MC one week start dari 29 Jun. Kire that day I dah start cuti. Tak larat dah nak pergi kerja.

Dalam pukul 7 lebih pagi, selepas solat subuh I duduk kat sofa sambil tengok tv dan tunggu husband bersiap nak pergi kerja. Time ni ada rasa sakit sikit kat pinggang. After husband pergi kerja sambung tengok tv dan kemas rumah sikit-sikit sebab takut tertidur tak sempat siap lak nak pergi checkup. Husband ambil time off je sekejap untuk hantar pergi checkup. Sambil tengok tv tu duduk atas gym ball, lompat-lompat sikit badan konon nak cuba induce labour. Haha. Sakit kat pinggang tu still ada tapi tak terfikir tu sakit contraction. As I said before dah biasa rasa sakit ni, so ingat braxton hicks je.

Pukul 10 lebih husband sampai rumah pick up untuk pergi check up. On the way berbual-bual macam biasa tapi tak cerita kat husband pasal sakit tu sebab takut false alarm. Bila nak dekat sampai hospital sakit tu datang dan agak kuat. Terus cakap kat husband dah ada rasa sakit. 

Sampai turn jumpa doc, cakap dekat doc dah macam ada sakit every 30 minit kat keliling pinggang. Doc pegang perut then kata tu adalah contraction. Terus rasa excited. Hehe. Then doc check bukaan kata dalam 2-3 cm. Doc minta admit wad terus. Ok seluk kali ni agak sakit, I think disebabkan oleh contraction bukan tangan doc.

Keluar jumpa husband cakap dah ada bukaan dan kena admit. Terus call my mom and inform ahli keluarga thru whatsapp to prepare barang untuk bawa Amni datang kuantan. Masa ni memang happy la finally masa dah tiba. Haha tak tau lagi sakit the next few hours will be worse. Orang tiada pengalaman bersalin normal kan.

Since bag hospital dan barang baby memang dah ada dalam kereta, terus masuk wad dalam pukul 12. Masa duduk dalam wad tu I timing my contraction guna phone apps. Barulah faham rule 5-1-1


Apparently my contraction memang dah kerap. Then nurse datang pasang alat CTG. Husband balik rumah sekejap ambil barang dia. Time ni contraction agak kuat. Tak boleh duduk je atas katil, so jalan-jalan dalam bilik. Around 2 something doc masuk untuk cek bukaan dan minta masuk labour room. Nurse masukkan ubat untuk berak dulu. Tunggu husband datang, then pukul 4 masuk labour room dan tukar baju.

Semasa dalam labour room, contraction makin kuat. Doc cek bukaan dalam 4-5cm then dia kata will come after 4 hours to check again. Dengar 4 jam rasa restless dah. Huhu. 4 jam rasa sangat lama bila tengah sakit tu. I minta kat nurse ubat tahan sakit sebab tahan sakit tu buat badan I penat. I nak simpan tenaga untuk push sebab pagi tu I puasa. Buka puasa tak makan banyak sebab tak mampu nak makan time tengah contraction tu. Actually ubat tahan sakit tak kurangkan sakit tapi buatkan I mengantuk. Dapatlah badan I rehat sikit bila tertidur in between contraction. Lagi satu yang I buat untuk kurangkan sakit adalah baring mengiring. 

In between 4 hours for next check up, husband memang ada kat sebelah je. Sometimes dia cuba bagi semangat dan buat lawak but in those critical and pain time semua benda tak kena. Haha. Bila ingat balik kesian juga kat husband. What to do? Sorry yang. Sakit contraction paling teruk when it hit 90 above. Masa ni memang mengucap je la. Agaknya nurse tengok bacaan dah tinggi sangat, dalam 6 lebih doc masuk balik cek bukaan dah 8-9cm. Syukur bukaan I agak cepat.

Selepas waktu buka puasa dengan 3 kali teran, alhamdulillah baby selamat dilahirkan. Pengalaman yang sangat berharga. Even banyak kali time sakit contraction dan nak push baby tu I questioning myself for doing this normal delivery. Why am I doing this? (keep on repeating in my head) Haha. Tapi memang betullah orang kata bila anak keluar je terus lupa dah sakit tu semua.  

I believe apa yang I lalui ni adalah bahagian dan rezeki I. Cara apa pon kita lahirkan anak, as long both selamat, itu lebih penting. Kalau perjalanan vbac kita tak berjaya, jangan kecewa. Trust Allah for everything. If you ask what I did for vbac preparation, I read more book or website on natural delivery, watched one born every minute series (yang ni sangat membantu) and praying a lot. Penting juga untuk jumpa doc yang support your decision dan selalu positif. Truly grateful with my gynea Dr. Suhaizah from KMC Kuantan. My gynea tak pernah cakap tak boleh. Ayat dia selalu positif. If u r in good condition, u can try vbac. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment