Our bundle of joys

Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 23, 2016

Hello blog!

Assalamualaikum..

My last post was on January? Haha that's a long time. Anyway, banyak perkara yang berlaku sepanjang this past 10 months tapi tak tercerita. Hihi. Pindah masuk rumah sendiri, bercuti ke Krabi and miscarriage. Well that's the top 3 stories in my life so far in 2016. 

Today?

Currently, I'm in the midst of getting fit and eat healthy. I'm doing Kayla Itsines BBG workout. So far so good. Now in week 5. Pray hard this time I tak give up. Damn the resistance training so hard I almost give up every time doing it! Haha. After miscarriage, I have this urge inside me that I want to change the old me. Long term changes. InsyaAllah.

Okay till next post.


- Fall in love with taking care of yourself. Mind. Body. Spirit -

Thursday, January 21, 2016

Our 2nd bundle of joy

Assalamualaikum

Lama tak menulis. Banyak benda nak cerita especially progress masuk rumah tapi belum ada masa lagi. Sibuk hal-hal pindah rumah dan sekolah Amni. Sementara tu nak share about anak no. 2, more on photos actually. Haha kesian dia takde cerita lagi. 

Introduce to you Our 2nd bundle of joy, Wan Ahmad Anaqi. Almost 7 months now and dah introduce with solid food. Aaah cepat masa berlalu. Seorang yang sangat cheeky. Kalau kakak nangis, dia akan senyap dan buat muka concern.





Semoga menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa, anak yang soleh. Amin.




Sunday, July 12, 2015

Pengalaman bersalin : vbac

Assalamualaikum

Sorry for long hiatus. Alhamdulillah pada 29 June 2015 bersamaan 12 ramadhan , I telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara vbac atau normal. 

Ada dua kebetulan berlaku pada 29 Jun tu. First, I ada checkup dengan my doc. Second, I plan nak minta MC one week start dari 29 Jun. Kire that day I dah start cuti. Tak larat dah nak pergi kerja.

Dalam pukul 7 lebih pagi, selepas solat subuh I duduk kat sofa sambil tengok tv dan tunggu husband bersiap nak pergi kerja. Time ni ada rasa sakit sikit kat pinggang. After husband pergi kerja sambung tengok tv dan kemas rumah sikit-sikit sebab takut tertidur tak sempat siap lak nak pergi checkup. Husband ambil time off je sekejap untuk hantar pergi checkup. Sambil tengok tv tu duduk atas gym ball, lompat-lompat sikit badan konon nak cuba induce labour. Haha. Sakit kat pinggang tu still ada tapi tak terfikir tu sakit contraction. As I said before dah biasa rasa sakit ni, so ingat braxton hicks je.

Pukul 10 lebih husband sampai rumah pick up untuk pergi check up. On the way berbual-bual macam biasa tapi tak cerita kat husband pasal sakit tu sebab takut false alarm. Bila nak dekat sampai hospital sakit tu datang dan agak kuat. Terus cakap kat husband dah ada rasa sakit. 

Sampai turn jumpa doc, cakap dekat doc dah macam ada sakit every 30 minit kat keliling pinggang. Doc pegang perut then kata tu adalah contraction. Terus rasa excited. Hehe. Then doc check bukaan kata dalam 2-3 cm. Doc minta admit wad terus. Ok seluk kali ni agak sakit, I think disebabkan oleh contraction bukan tangan doc.

Keluar jumpa husband cakap dah ada bukaan dan kena admit. Terus call my mom and inform ahli keluarga thru whatsapp to prepare barang untuk bawa Amni datang kuantan. Masa ni memang happy la finally masa dah tiba. Haha tak tau lagi sakit the next few hours will be worse. Orang tiada pengalaman bersalin normal kan.

Since bag hospital dan barang baby memang dah ada dalam kereta, terus masuk wad dalam pukul 12. Masa duduk dalam wad tu I timing my contraction guna phone apps. Barulah faham rule 5-1-1


Apparently my contraction memang dah kerap. Then nurse datang pasang alat CTG. Husband balik rumah sekejap ambil barang dia. Time ni contraction agak kuat. Tak boleh duduk je atas katil, so jalan-jalan dalam bilik. Around 2 something doc masuk untuk cek bukaan dan minta masuk labour room. Nurse masukkan ubat untuk berak dulu. Tunggu husband datang, then pukul 4 masuk labour room dan tukar baju.

Semasa dalam labour room, contraction makin kuat. Doc cek bukaan dalam 4-5cm then dia kata will come after 4 hours to check again. Dengar 4 jam rasa restless dah. Huhu. 4 jam rasa sangat lama bila tengah sakit tu. I minta kat nurse ubat tahan sakit sebab tahan sakit tu buat badan I penat. I nak simpan tenaga untuk push sebab pagi tu I puasa. Buka puasa tak makan banyak sebab tak mampu nak makan time tengah contraction tu. Actually ubat tahan sakit tak kurangkan sakit tapi buatkan I mengantuk. Dapatlah badan I rehat sikit bila tertidur in between contraction. Lagi satu yang I buat untuk kurangkan sakit adalah baring mengiring. 

In between 4 hours for next check up, husband memang ada kat sebelah je. Sometimes dia cuba bagi semangat dan buat lawak but in those critical and pain time semua benda tak kena. Haha. Bila ingat balik kesian juga kat husband. What to do? Sorry yang. Sakit contraction paling teruk when it hit 90 above. Masa ni memang mengucap je la. Agaknya nurse tengok bacaan dah tinggi sangat, dalam 6 lebih doc masuk balik cek bukaan dah 8-9cm. Syukur bukaan I agak cepat.

Selepas waktu buka puasa dengan 3 kali teran, alhamdulillah baby selamat dilahirkan. Pengalaman yang sangat berharga. Even banyak kali time sakit contraction dan nak push baby tu I questioning myself for doing this normal delivery. Why am I doing this? (keep on repeating in my head) Haha. Tapi memang betullah orang kata bila anak keluar je terus lupa dah sakit tu semua.  

I believe apa yang I lalui ni adalah bahagian dan rezeki I. Cara apa pon kita lahirkan anak, as long both selamat, itu lebih penting. Kalau perjalanan vbac kita tak berjaya, jangan kecewa. Trust Allah for everything. If you ask what I did for vbac preparation, I read more book or website on natural delivery, watched one born every minute series (yang ni sangat membantu) and praying a lot. Penting juga untuk jumpa doc yang support your decision dan selalu positif. Truly grateful with my gynea Dr. Suhaizah from KMC Kuantan. My gynea tak pernah cakap tak boleh. Ayat dia selalu positif. If u r in good condition, u can try vbac. InsyaAllah.



Friday, June 26, 2015

Still pregnant

Assalamualaikum

Currently, I'm 39 weeks pregnant. Gosh it feel like I'm forever pregnant. Haha. Seriously rasa exhausted sangat. Rasa macam nak baby keluar now. Time dengan Amni dulu, dia keluar masa 38 weeks but not this baby. I don't know bila dia akan keluar. 

Since masa Amni dulu I takde turun any tanda. Just sakit pinggang macam tu je dah buka 3 cm and then czer pulak. I tak tahu nak expect apa this time. Tak tahu rasa contraction yang kuat tu macam mana. Yang main-main banyak kali dah rasa. Since this time I nak sangat try normal, my doc suruh tunggu keluar tanda je baru datang hospital. Arghhh bilakah? Haha.

I will start my leave next week sebab tak larat dah nak bawa badan ni. Even kerja duduk depan komputer je, duduk pon tak berapa nak selesa dah. Well tidur pon dah tak tenteram apatah lagi duduk. Hihi. I keep on masuk toilet tapi kencing nya sikit je pon. Haha.

I pray for smooth delivery this time, tak kisah la at the end normal or czer. Hope everything will be fine, I selamat melahirkan dan baby selamat dilahirkan. Doakan yang tebaik buat kami.

Till then.


Adik ooo adik. Kakak dah tanya banyak kali bila nak keluar. 

Tuesday, May 5, 2015

Happy birthday to me!

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik datang semula 1 mei ni. Rasa macam baru je last year celebrate birthday. Cepat masa berlalu. Alhamdulillah another year to cherish. Bersyukur dengan apa yang I dah ada. Blessed. Nak minta lebih2 pon rasa malu sebab rasa diri ni not done good enough.

Dulu sebelum ada anak rasa birthday tu its all about me. But now tak, actually ia adalah penghargaan for my mom yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan I. Yelah dah ada anak sendiri baru lah rasa kan. Hehe. Thanks ibu for everything. 

This year husband dah bagi hadiah terlebih advance so tak boleh minta benda lain lagi. Haha. Hadiah husband bagi tu pon dah terlebih mahal for me. Thanks yang. So mostly I la yang treat myself. Hihi. Well inilah masanya nak cari alasan shopping or nak makan itu ini kan. Orang lain tak boleh larang. Husband pon tak boleh jeling. Haha.

A week before I got myself a beautiful diaper bag and wallet from the same brand. You boleh baca my previous pst on diaper bag. At first rasa macam tak perlulah spend that amount for diaper bag tapi at the end kalah gak. Rasa teringin tu sampai termimpi-mimpi. So kena beli gak! Haha. I beli diaper bag from petunia pickle bottom.

The night before pula treat myself with sushi. Always favorite. 


And then an ice cream from baskin robin!


On 1st may balik rumah my mom, they celebrate me with ice cream cake. Yey! Memang teringin juga ice cream cake tu. Semua pon teringin la. Mentang2 mengandung. Huhu. And special gift from my mum. Tak pernah miss bagi I hadiah. Thank you so much. 


Now all I want melahirkan baby dengan selamat. Semoga hidup lebih dirahmati dan diberkati. Amin.



Tuesday, April 28, 2015

Diaper bags

Assalamualaikum

Dulu-dulu tak pernah terfikir pon diaper bag boleh jadi sangat stylish. Time Amni dulu pon I dapat diaper bag as a gift from my mom. You know the normal one that scream "I'm-a-diaper-bag!" kind of. Hehe. Until recently hubby said carilah new diaper bag sebab the old one dah macam-macam bau dah. Even dah try basuh beberapa kali, bau susu tumpah tu memang melekat. Fuh. At first I thought of brand allerhand, sambil blog walking and google2 tu terjumpa satu blog ni yang listkan other diaper bag yang sangat cantik. It does not look like a diaper bag at all. Aaaahh so apa lagi bermulalah pencarian diaper bags ni. Here are the list diaper bag yang memikat mata I.



Oh my their print design sangat cantik! But sadly kat Malaysia ada satu tempat je yang I tau ada jual, Parkson Pavilion. Tapi tak taulah now masih ada jual lagi or not. Dah sarat ni takdelah I larat nak menapak ke pavilion tu. Mostly jumpa online luar Malaysia.


2. Ju-ju-be


This brand lagi mahal dari PPB and sama juga susah nak jumpa jual kat Malaysia but recently ada jumpa instagram Malaysia yang jual (@bebetotz).

3. Storksak


4. Skip hop


5. Kate spade



And the list go on. Yang I listkan ni mana yang memikat hati tapi sebenarnya banyak lagi yang memikat hati. Tryla google, cari hashtag diaper bag kat instagram and search di Pinterest. Memang menggugat iman. Cuma sedihnya mostly hanya boleh dibeli dari luar negara. Sigh. Malas nak beli dari luar negara sebab kena tunggu lama barang nak sampai. I ni jenis tak sabar. Hehe. Please bear in mind harga diaper bag yang cantik-cantik ni memang mostly nya mahal tapi kalau dah suka tu why not kan. Haha!

You can look at this link for more stylish and fabulous diaper bags :

http://laybabylay.com/diaper-bag-picks 

http://www.laylagrayce.com/blog/2013/06/07/our-favorite-diaper-bags/

So, I can have more than One diaper bag kan? 

pic source from google.

Monday, March 23, 2015

Bercuti ke Perth

Assalamualaikum

Hoyeah! From 31st Jan until 3rd Feb hari tu kami satu keluarga (ada dalam 10 orang) pergi short trip to Perth. We just go there for 4 days only. Haha. Ni semua sebab my mum yang nak sangat pergi. Eceh padehal semua pon excited nak pergi. Actually plan asal nak pergi dalam bulan June macam tu. Tapi since I dah 'ter'pregnant, kitorang decide pergi awal. Last minute plan juga. Confirm the trip dalam bulan 10 camtu. So since pergi bulan 1 dan ada adik yang masih bersekolah, kenala pergi 4 hari saja. Pergi 4 hari pon best juga. Hehe. Kitorang pergi sendiri without travel agent. Booked hotel, flight and all the ticket to visiting places by our self. Banyak baca blog-blog orang Malaysia yang dah pergi sana for more info. Sangat membantu.

Pergi sendiri dapat cut cost, semestinya lagi murah dari pergi dengan travel agent dan boleh pergi mana-mana ikut masa sendiri. Tapi in our case flight ticket tak dapat yang murah sebab beli time takde promotion. By the way this trip fully sponsored by my mum. Duit belanja je sendiri. Thanks ibu! Love u! Hihi.

Perjalanan from Malaysia to Perth mengambil masa 5 and half hours. Kami ambil flight pukul 12 malam dan sampai di Perth jam 5:30 pagi. 5 lebih disana macam 7 pagi disini ye. Siang dia extra 2 jam dari kita. We stayed at City Stay Apartment Hotel. Hotel ni ada sediakan tempat dan peralatan memasak for every unit. Recommended. Depan hotel ni ada factory outlet, Harbour town

For transportation pula, idea asal nak berjalan gune public transport je tapi kami decide untuk sewa kereta sebab nenek I pon join this trip . Takut tak larat nak berjalan. Kitorang sewa commuter bus yang boleh muat 12 orang from aries car rental since we in a big group. Siap kena perli dengan pegawai kastam cakap kami je dah half the flight. Over betul perbandingan tu. Haha. Oh ya our Malaysian driving license valid ye untuk pakai di Perth.


Sebelum anda nak ke sini, make sure you baca dan tahu all the rules apply by Australian goverment. Contoh barang-barang makanan yang ingin dibawa. They will strictly check your luggage at airport. Rule had laju kereta and car seat for kids. Saman boleh sampai Malaysia ye. Jangan main-main. Oh if you notice tiada gambar suasana malam pon di Perth ni because all the shop will closed at 5 pm. Malam memang tiada aktiviti langsung, jadi kami duduk dalam hotel je. I will roughly share you our itinery and places yang kami pergi. Check it out!

Day 1
5:35 am : Arrive Perth Airport
10:00 am : Pick up rental car
9:00 am : Fremantle, E-shed MarketCicerello’s fish & Chips
2:00 pm : Check In (City Stay Apartment Hotel)



Abaikan muka-muka baru bangun tidur dan tidak mandi. Hehe


Makan fish n chip kat Cicerello . 
Lapar sangat time ni sebab tak pandai cari makanan lagi.

E-shed Markets.
Tempat jual souvenir termurah so far kami jumpa di Perth. 
Hanya dibuka Friday-Sunday.


View in our hotel apartment. Pagi-pagi masak breakfast sendiri.


Day 2
9:00 am : Caversham Wildlife Park
1:00 pm : Kings Park



Bergambar dengan wombat.

Bergambar dengan kangaroo. Wajib. Hehe.

Bergambar dengan kaola. Diorang tidur 20 jam sehari, memang tak dapat la nak pegang.


The view at Kings Park. Sangat cantik. 
Siap golek-golek lagi atas rumput. 
Amni tidur dalam stroller time ni. Jet lag sangat! Hehe.


Day 3
9:00 am : Rockingham Wild Encounterskami menaiki bot untuk melihat wild dolphin di laut. Sangat seronok dapat lihat diorang depan-depan. I mean the wild one. Disebabkan tengok diorang di laut so gambar tu susah nak ambil. Mostly video. Recommended. The chance for you to see the wild dolphin adalah tinggi.
2:00 pm : Makan di Indonesian restaurant at Barrack street dan jalan-jalan di Murray and Hay street





Atas bot.

Visit Penguin island too.

Murray street. Sepanjang jalan ni adalah shopping mall.

Barrack street ada kedai souvenir for last minute shopping.

Day 4
9:00 am : Shopping at Harbour Town and continue shopping at Barrack, Murray and Hay street.
1:00 pm : Perth Airport. Heading HOME.




Overall memang happy dan seronok trip ni. Seronok dapat melihat negara orang. Seronok getting to know lifestyle orang sana. Siap jatuh cinta, rasa nak tinggal kat sini je. Over. Baru pergi 4 hari. Haha. Bila pergi sendiri awal-awal sampai tu agak blur dan lapar sebab tak reti cari makanan halal, proses belajar tu memang seronok. Sekarang semuanya di hujung jari. You can get all the information from internet. We will definitely do this again. Berjalan sendiri ke negara orang. 


Satu masalah je la now adalah berdebar naik kapal terbang. Walaupon sebelum ni dah pernah pergi Makkah yang mengambil masa 10 jam, sekarang 1 jam dalam flight pon resah dah. Hehe. Kami akan pergi bercuti lagi tapi biarlah perasaan berdebar dalam kapal terbang tu hilang dulu. Till then.